Akibat dan tindak balas antarabangsa Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998

Tugu peringatan di tapak kedutaan di Nairobi. (2007)

Sebagai tindak balas kepada kejadian ini, Presiden AS, Bill Clinton mengarahkan Operasi Infinite Reach, serantaian bedilan peluru berpandu krus ke arah sasaran-sasaran di Sudan dan Afghanistan pada 20 Ogos 1998.

Di Sudan, peluru-peluru berpandu itu memusnahkan kilang farmaseutikal al-Shifa, iaitu tempat pembuatan 50% perubatan untuk manusia dan haiwan di Sudan. Pentadbiran Clinton mendakwa bahawa adanya bukti yang mencukupi bahawa kilang itu menghasilkan senjata kimia, tetapi siasatan yang rapi selepas bedilan itu mendapati bahawa risikan itu tidak boleh dipercayai.[16]

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan Resolusi 1189 yang mengecam serangan terhadap kedutaan-kedutaan tersebut.

Kedutaan-kedutaan tersebut rosak itu, lebih-lebih lagi kedutaan di Nairobi, Kenya terpaksa dibina semula. Ia kini terletak di seberang jalan dari pejabat UNWFP atas sebab keselamatan. Beberapa bulan selepas kejadian itu dan bedilan Amerika di Afghanistan, syarikat tenaga Amerika, Unocal membatalkan rancangannya untuk membina talian paip gas merentasi Afghanistan.[17]

Beberapa bulan selepas kejadian pengeboman, Biro Keselamatan Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat menambahkan Kenya ke dalam Program Bantuan Anti-Pengganas yang dibentuk pada tahun 1983. Biarpun penambahan itu lebih kurang sekadar formaliti untuk menegaskan semula komitmen Amerika untuk membasmi pengganasan di Kenya, namun ia mencetuskan permulaan kempen anti-pengganas dua hala yang aktif sesama Amerika Syarikat dan Kenya. Kerajaan AS juga menambah bantuan kewangan kepada Kanya dengan jumlah yang besar, termasuk geran $42 juta khusus untuk mangsa di Kenya.[18]

Pada 1 Jun 2007, USS Chafee menembak ke arah sebuah tempat yang disyaki persembunyian suspek ahli al-Qaeda bernama Abdullah Ahmed Abdullah yang dinyatakan sebagai bertanggungjawab atas pengeboman itu di kawasan Puntland di Somalia. Tidak dilaporkan sama ada bedilan itu berjaya atau tidak.[19]


Pada 7 Ogos 2008, Amerika Syarikat dan Afrika bersama-sama memperingati ulang tahun ke-10 peristiwa pengeboman itu. Perdana Menteri Kenya, Raila Odinga meletakkan lingkaran bunga di tugu peringatan di Nairobi, di atas tapak bekas bangunan kedutaan AS.[20]


Rujukan

WikiPedia: Pengeboman kedutaan Amerika Syarikat 1998 http://cas-ncr-nter03.cas-satj.gc.ca/rss/Jaballah.... http://books.google.ca/booksid=VkAdEJZou64C&pg=PA6... http://edition.cnn.com/2001/LAW/10/19/embassy.bomb... http://edition.cnn.com/2008/WORLD/africa/08/07/ken... http://www.cnn.com/US/9808/13/bomb.victims.profile... http://news.findlaw.com/cnn/docs/binladen/usbinldn... http://news.google.com/newspapers?id=3TIKAAAAIBAJ&... http://www.msnbc.msn.com/id/18989827/ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.htmlres=9F04... http://dir.salon.com/story/news/feature/2002/06/05...